Friday, September 17, 2010

Ibadat Solat difardukan ke atas setiap muslimin dan muslimat bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap KhaliqNya Yang Maha Agung. Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata, akan membuahkan kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat.

Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.